Tahanan Lolos | Kementerian Pertahanan sedia bantu KDN

2022-04-22 0

Kementerian Pertahanan masih belum menerima sebarang permintaan daripada Kementeri Dalam Negeri untuk membantu mencari tahanan yang lolos dari depot tahanan imigresen Sungai Bakap Rabu lalu.

Bagaimanapun menurut menterinya Datuk Seri Hishammuddin Hussein, di sebalik keyakinan terhadap kemampuan KDN menangani isu terbabit, pihaknya sedia menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan.